Tuesday 11 March 2014

Syafiqah Izzati - Sedikit doa untuk MH370 dari insan kerdil

Assalamualaikum ,

Dua tiga hari ni rasa macam suram je , masih lagi terkejut akan kehilangan MH370 . Astaghafirullahalazim , sampai sekarang masih tiada berita atau petunjuk . Ya Allah , kau berikanlah kami petunjuk . Sampai sekarang pun bila Cik Pyy dengar berita tentang MH370 di tv mahupun radio , bergenang air mata Cik Pyy .

 Biarpun tiada ahli keluarga atau sahabat handai kat dalam kapal terbang tu , tapi Cik Pyy seolah dapat merasa apa yang keluarga mereka yang hilang rasa . Cik Pyy tau , apalah sangat mereka yang hanya melihat ni , berat lagi mereka yang memikul , yang betul betul kehilangan ahli keluarga .


 Ya memang ni lah yang paling Cik Pyy takutkan , Cik Pyy pernah sekali je naik flight , tu pun pergi Langkawi je pun , tapi dari kapal terbang bergerak sehinggalah berjaya sampai di Langkawi , sedikit pun Cik Pyy takde terlelap , berterusan berdoa , takut punya pasal , Cik Pyy pandang je keluar tingkap , memerhatikan enjin andai ada terjadi benda yang pelik pelik ke , sampai pernah terfikir takut la kalau kalau burung terbang dan masuk ke dalam enjin dan enjin stuck ! haa nampak tak sejauh mana pemikiran Cik Pyy , sehinggalah mendarat , baru lah rasa lega .

 Memanglah sangat menakutkan sebab Cik Pyy ni suka berfikir benda yang menakutkan , sangat takutkan lautan sebab terlampau fikir akan apa yang ada di kejauhan dalam lautan itu .

 Dan sekarang apa yang terjadi pada penumpang dan anak kapal MH370 itu memanglah sangat-sangat menyedihkan . Lagi pula bila teringat kata-kata mama,

"mama ni bukan apa , rasa sedih sangat sebab kakak kau tu sendiri suka travel sana sini naik kapal terbang , memang benda macam ni la yang mama takutkan , mama selalu terfikir . Sebab tu la bila kakak kau dah sampai sana , dia msg mama baru lah mama lega, heh"

Sedihkan , sangat sangat sangat bersimpati kepada keluarga mereka yang menaiki MH370 .


Sangat kurang hajar dan tidak beradab kepada mereka yang mepermain-mainkan isu ini . Ada juga dikatakan yang sangat marah apabila isu ini terus-terusan diperkatakan .

Sangat jahillah anda ini , otak letak di lutut kah ? , apa anda rasa kalau ibu bapa anda atau adik beradik atau sahabat handai anda berada di dalam flight ni ? Cuba letak diri anda di dalam kasut mereka , mampukan diri anda berkata "ah pergi mampus lah apa nak jadi dengan diorang ni , semak betullah!' . Sampai kah hati anda untuk berkata begitu ? .

Kalau Cik Pyy , Cik Pyy akan berfikir banyak perkara . Meletakkan diri di tempat ahli keluarga mereka , sedih memkirkan adik , abang atau kakak mahupun saudara yang hilang tanpa berita . Kalau nak dikatakan mati sudah tentulah ada kuburnya untuk diziarahi , tapi ini , tiada apa apa petunjuk .

Cik Pyy juga meletakkan diri di tempat mereka yang di dalam MH370 , semestinya menyesali akan kejadian ini dan berfikir kalaulah aku tak naik flight ini , kalau lah aku batalkan saja percutian ni haritu , kalaulah itu , kalaulah ini , pastinya sangat sangat menyesali dan merindui kampung halaman , entah apa yang sedang berlaku kepada mereka , itu yang sangat sangat menyedihkan .

Lebih lebih lagi jika berada di tempat kapten penerbangan itu , pastinya terasa tanggungjawab yang sangat besar kerana penerbangan semua di bawah kawalan dia . Sangat-sangat biadap kepada mereka yang menyalahkan pas mahupun kelantan kerana kehilangan MH370 ini . Benda ini sepatutnya perkara yang menyedihkan , dan sepatutnya terus berdoa minta dipulangkan MH370 , tapi entah macam mana mereka-mereka yang jahil pemikirannya ini sempat berfikir untuk menyalahkan orang lain .

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


Dear MH370 , Kami masih menunggu kepulanganmu . Harapan kami setinggi gunung bersama iringan DOA untuk melihat kalian pulang dan memeluk insan yang tersayang . Walau dimana pun kalian berada diharap kalian baik sahaja , sesungguhnya satu benda kalian kena tahu , kami disini tidak putus putus berdoa supaya kalian dapat dikembalikan semula dengan kuasa Allah yang Maha Besar in sha Allah . Amiin  :'(


*Cik Pyy perasan kat Hitz.fm semenjak kes hilang MH370 ni banyak mainkan lagu-lagu yang dicover je , tak rancak sangat , sangat sesuai dengan mood mood yang tak seberapa ada ni . Baguslah kalau concern dengan keadaan sekeliling . Goodjob Hitz.fm