Tuesday 18 February 2014

Iceland Wonderland

 Iceland  ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik Utara. Ia mempunyai penduudk seramai kira-kira 320,000 orang dan jumlah keluasan 103,000 km². Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík.

Reykjavík.
Reykjavík merupakan ibu negara Iceland. Bandar ini memiliki penduduk sekitar 120,000 orang, atau sekitar setengah penduduk negara pulau ini.

Ada dua sebab kenapa Cik Pyy minat negara ni :

Pertama , kerana keindahan pemandangannya







untuk pengetahuan , semua gambar ini diambil di negara Iceland . dan macam kat dalam Alice in The Wonderland tu kan ? Cantik sangat . Cukup gabungannya . Kehijauan , salji , tanah , dan awan . lengkap semuanya .

Dan yang kedua kenapa Cik Pyy google tentang Iceland harini , adalah kerana The Blue Lagoon-nyaa , ohsemmmm






The Blue Lagoon adalah salah satu tempat yang paling kerap dilawati di Iceland. Spa ini terletak lebih kurang 39KM dari bandar Iceland iaitu Reykjavík.Airnya yang suam dengan suhu 37-39 'c sangat kaya dengan mineral seperti silika dan sulfur. Sumber mineral yang terdapat di spa ini juga sangat bangus untuk memperbaiki penyakit kulit seperti penyakit psoriasis.

Sejarah Blue Lagoon
Pada tahun 1976 kolam terbentuk daripada air sisa loji kuasa haba bumi yang baru sahaja dibina di sana. Pada tahun 1981 orang ramai mula mandi di dalamnya selepas penemuan kuasa penyembuhan untuk psoriasis. Pada tahun 1992 syarikat Blue Lagoon telah ditubuhkan dan kemudahan mandi itu dibuka .

fuhh manyak syiok mehh , berhasap , berhembus , jadi kucing jadi ghimauuuu aum aummm