Tuesday 10 December 2013

Bukit Larut , Perak



Fuhh , dua tiga hari ni rasa sejuk je memandangkan hujan setiap hari kan . Ni pun tengah hujan ni , Cik Pyy masih kat office memandangkan jam masih belum pukul 5.30 kan , jadi tak boleh la nak cabot balik hehe .

Petang ni Cik Py nak berkongsi tentang Bukit Larut memandangkan petang ni hujan , pandang luar office pun kelabu je sebab kabus everywhere huh . Rindu pun ada nak pergi Bukit Larut ni . Buat
masa ni sepanjang seumur hidup Cik Pyy yang dah 20 tahun ni , baru sekali je Cik Py pergi Bukit Larut  . Tu pun masa darjah 6 kalau tak silap la hehe muka skema gaban la masa tu kan dengan spek mata lagi haha . Cik Pyy singgah dengan mama , abah , akak shiha . Masa tu Aiman tak ada lagi . Memang excited laa . Kalau nak tau , Cik Pyy ni memang pencinta alam sekitar , lagi-lagi flora dan fauna , memang feberet Cik Pyy laa pergi taman-taman, tasik-tasik , apa-apa je lah asalkan berkaitan dengan kehijauan .

Ha , ni lah signboard bila kita sampai Bukit Larut . Tapi ni kat belah bawah , kita perlu naik ke puncak la ceritanya kan . Tapi kat sini tak ada kereta kabel . Sekarang Cik Pyy tak pasti la kan , kalau dulu kitorang ada dua pilihan je . Sama ada jalan kaki atau naik jeep . Gila kau jalan kaki ? Nak muntah hujau ke macam mana ? Cik Pyy takpe la mudo lagi , mak pak eden tu ? hah mau sekerat jalan golek-golek turun bawah balik haha .


haa ni lah contohnya jeep yang bawak kami ke puncak Bukit Larut tu . Kalau korang nak tau , perjalanannya bukan sekejap tau . Mengambil masa setengah jam atau lebih .Haa lebih kurang dari Selayang nak ke KL macam tu la . Dan kepada yang mabuk darat lupakan je la , memang agak pening la sebab kena lalui 72 selekoh tajam , dan pemandu jeep tu memang bawak laju la cerita dia . Mungkin dia pun dah bosan menghadap jalan tu hari-hari kan . Tapi untuk Cik Pyy memang seghonok la . Tengok je la belakang jeep tu , terbuka je macam tu . Lepas tu udara kat atas bukit tau je la macam mana kan , memang sejuk . Dan kalau mengikut apa yang Cik Pyy google kat Cik Wikipedia , mengatakan hari-hari akan ada hujan bukit di Bukit Larut . Makna kata tempatnya akan sentiasa lembab lah . Sejuk dan nyaman .



haa ni pulak bila dah sampai di puncaknya , nampak lah satu daerah apa ntah di negeri Perak , Cik Pyy tak ingat hehe tapi cantik la pemandangannya . Mama Cik Pyy dulu ada bercerita , waktu zaman-zaman mama bersekolah dulu , dia dan geng-geng masa zaman persekolahannya pernah jugak naik Bukit Larut ni , tapi jalan kaki , memang lama gila la . Tak silap Cik Pyy naik pagi sampai petang kott so malam tu bermalam di puncak Bukit Larut pada esoknya baru turun . Fuhh , Cik Pyy tu kalau macam tu boleh , tapi seminggu lepas tu jangan carik Cik Pyy sebab Cik Pyy akan membongkang untuk seminggu atas katil hahah  mesti letih gila woo . Tapi apa lah salahnya kan , kalau benda tu boleh jadi kenangan yang terindah Cik Pyy sanggup , sebab bila lagi . Nanti dah tua dah tak larat kan , menyesal pulak tak ikut kawan-kawan masa zaman dulu kan .

*sumber gambar : encik google .

Cik Pyy nak tambah sikit info tentang Bukit Larut , info dari Encik Wikipedia

Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m . Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam . Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.

Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM6 bagi dewasa dan RM3 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM7 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak bawah 10 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tuliBelanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.Tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda .
Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.

 Cik Pyy ingat lagi jambatan ni Cik Pyy tangkap Gambar lepas tu bagi kat Pakwe masa zaman monyet tu haha excited lerr first love la katakan . Lepastu kat situ jugak la menggelupur ajak semua cepat-cepat turun sebab kat atas tu takde line , tak boleh nak msg dengan pakwe masa tu . haha  kelakar la ingat zaman budak-budak . Tapi tu la kan , zaman budak-budak memang la best sebab tak banyak tanggungjawab , tak payah pikir apa . Dah makin besar , makin banyak tanggungjawab , makin stress dari hari ke hari . k sekian je la entri Cik Pyy harini . In sha Allah nanti Cik Pyy post lagi .

Assalamualaikum