Wednesday 19 February 2014

Patung Hidup

Boneka Barbie adalah anak patung yang paling terkenal di dunia. Mempunyai susuk tubuh wanita yang sangat sempurna, bermata besar dan indah, hidung mancung kecil, bibir sempurna, pinggang kecil dan dada besar. Hampir menyamai dengan tokoh kartun anime dari Jepun yang sudah merajai dunia kartun di seluruh dunia. Gambaran wanita anime tidak jauh berbeza dengan anak patung Barbie.

Kesempurnaan fizikal patung ini yang akhirnya menjadi obses bagi beberapa orang untuk mendapatkan kesempurnaan tubuh seperti boneka pujaannya. Ada beberapa yang 'mengubah' bahagian tubuhnya, ada juga yang bergantung kepada teknik make up untuk menipu pandangan. Namun demikian , beberapa gadis yang ingin menyerupai patung ini sangat konsisten menjalani gaya hidupnya sebagai boneka. Jadilah mereka manusia boneka di dunia.

Berikut beberapa orang yang menjadi manusia boneka yang paling terkenal di dunia:

Anastasiya Shpagina
 Gadis Ukraine berumur 21 tahun ini sangat menyukai watak anime kartun Jepun. Sangat menyukai hingga ia memutuskan untuk menjadikan dirinya boneka hidup yang cantik. Dengan bantuan tata arias dan pembedahan plastik Anastasiya mengubah dirinya menjadi kartun hidup yang sangat cantik. Dengan mempunyai rambut alis tipis, pembedahan plastik hingga tubuhnya menjadi kurus seperti tokoh watak dan bantuan make up, Anastasiya rela menghabiskan masa lebih lama untuk penampilan. Beberapa sumber mengatakan Anastasiya masih ingin membedah matanya untuk mendapatkan mata besar seperti tokoh pujaannya

Anzhelika Kenova
 Gadis 'boneka' berumur 27 tahun dari Rusia sangat menyamai patung Barbie. Selepas melalukan pembedahan plastic kini dia mempunyai ukuran pinggang sempurna 20 inci, rambut perang dan menjadi model Playmates palyboy.

boneka 27-tahun manusia yang berasal dari Rusia, di mana "dollification" plastik trend bedah nampaknya akan mendapatkannya banyak publisiti. Dia mempunyai pinggang 20-inci akal ramping (app. 51 cm), mempunyai rambut perang, dan mempunyai kesukaan untuk Playmates Playboy.

Dakota Rose
 Dakota Rose atau lebih dikenali Kotakoti menjadi fenomena terutama di negara-negara Asia seperti Jepun dan China. Bahkan, dia mempunyai pandangan berkarakter anime, baik dalam makeup pakaian dan rambut. Ciri wajahnya kecil, mata besar berwarna biru, hidung kecil, dan bibir merah muda berkilat. Sama seperti Venus Angelic, Dakota Rose juga mempunyai video tutorial kecantikan di Youtube.

Lilya Kish
 Peserta TV Ukraine, Lily Kish berumur 25 tahun sudah terkenal dengan reality show di negaranya. Namun dari penampilannya Lily sangat mengidolakan boneka Barbie dan memutuskan akan menjalani kehidupan seperti Barbie. Dari reality show yang dibintanginya, salah satunya adalah untuk mencari jodoh. Mempunyai berat badan45 kg dengan tinggi 167 cm

Valeria Lukyanova
 Mungkin wanita ini yang sedang hangat dibicarakan di seluruh dunia. Dengan perubahan besar di tubuhnya, Valeria menjalani pembedahan plastic untuk payudaranya, pembedahan facelift, sedut lemak sehingga mempunyai lekuk tubuh sempurna langsing. Valerie sendiri mempunyai laman di facebook. Valeria mempunyai 155 pelanggan mengikuti profil di laman rangkaian sosial. Model Ukraine inipun sudah menarik perhatian dunia fesyen Amerika. Baru-baru ini Valeria melakukan foto shot untuk majalah V edisi 'Girl Power' yang memaparkan gambar dan kisah hidupnya.

Venus Palermo
 Venus Palermo atau lebih dikenali dengan sebutan Venus Angelic, menjadi terkenal pertama dari dunia maya. Venus adalah seorang gadis 17 tahun yang mendapatkan populariti besar di Internet untuk tutorialnya di YouTube tentang bagaimana agar kelihatan seperti boneka hidup. Venus Angelic mempunyai 78 video pada dirinya laman rasmi YouTube - mulai dari tutorial makeup dan kuku seni untuk menari dan cosplay. Angelic telah berpakaian seperti anak patung selama dua tahun terakhir. Ia diilhamkan oleh budaya anime Jepun selepas tinggal di Jepun selama beberapa tahun. Melihat malaikat yang menyerupai watak anime perempuan Jepun, dengan mata besar dan kulit mulus walaupun dia bukan dari keturunan Jepun. Selain pintar ternyata Venuspun menguasai 5 bahasa: Sepanyol, Jepun, Inggeris, Perancis dan Jerman.

Wang Jiayun
Gadis remaja keturunan Cina memang sudah terlihat sangat cantik. Mempunyai wajah yang sempurna dengan mata besar dan wajah yang kecil. Dengan berat 42 kg, Wang Jiayun mempunyai tinggi 164cm. Lahir di Kowloon Hong Kong SAR, dia saat ini tinggal di Shenzhen wilayah Guangdong, China. Dengan teknik makeup yang sempurna, Wang Jiayun mampu mengubah wajahnya menjadi sangat cantik dan sempurna seperti tokoh anime kartun Jepun.