Sunday 16 February 2014

Ada bran ke tada bran aneyyy ??

 Jika anda gayat melampau elakkan melihat gambar-gambar ini kerana gambar-gambar ini diambil dari bahagian atas bangunan pencakar langit.

Diambil dari paras lebih dari 2000 kaki dari permukaan bumi, gambar yang boleh menimbulkan ketakutan ini menunjukkan pemandangan dari bahagian atas bangunan tertinggi di China.

 'Ninja urban' Vadim Makharov dan Vitaly Raskalov mendaki berterusan selama dua jam sebelum sampai ke puncak Menara Shanghai yang masih belum siap dibina sepenuhnya.

Apa yang lebih sukar dipercayai mereka langsung tidakmenggunakan peralatan keselamatan untuk ke puncak yang tinggi itu . Apatah lagi ketinggian menara itu turut membolehkan mereka mendaki menembusi awan.
 Untuk mengelakkan perbuatan mereka dikesan oleh pihak berwajib China , mereka menunggu sehingga malam sebelum mendaki menara kedua tertinggi di dunia itu . Kata  Vadim :

"Ada ramai pengawal dan kamera di waktu siang , jadi kami buat keputusan mendaki di waktu malam.

Kami mengambil masa dua jam untuk sampai ke puncak, di mana kami hanya nampak awan.

Kami terpaksa menanti berjam-jam lagi bagi menunggu awan beredar tapi penungguan itu berbaloi, Pemandangan dari atas seperti melihat dari tingkap kapal terbang ke bawah.

Sebaik saja kami melihat ruang dalam awan kami memanjat ke puncak kren dan dapat mengambil gambar-gambar lanskap bandaraya yang sangat menarik dari atas .

Kami langsung tidak takut dan kami tidak pernah cedera dalam misi kami ' menjejak awan',

Sebagai hasilnya , kami berdua tidak tidur selama lebih 24 jam, dan ia sangat mencabar mental dan fizikal kami.

Sasaran kami ialah untuk mendaki bangunan tertinggi di China, dan bangunan kedua tertinggi di dunia. Saya rasa sangat puas hati kerana telah mencapainya. Hanya langit sempadan kami!"








Lagi beberapa keping gambar mereka beraksi di tempat lain. Pokoknya mereka memang suka melakukan aksi gila ni . Wa salute la sama luuuuu . Kalau la aku dapat buat aksi-aksi ni comfirm gua jerit dari atas bangunan ' KAN GUA DAH CAKAP GUA MEMANG HAVOC' harharhar