Tuesday 25 February 2014

10 Hotel Unik Di Seluruh Dunia

 Bagi pelancong-pelancong yang gemar berjalan-jalan, hotel merupakan tempat yang paling penting sebagai tempat persinggahan sementara untuk di duduki, tempat tidur, mandi dan menukar pakaian. Tetapi terdapat beberapa tempat pelancongan yang menjadikan hotel atau tempat penginapan ini sebagai tarikan utama. Kalau setakat bilik ada katil Queen size, TV, peti ais dan perabot-perabot lain, itu dah menjadi kebiasaan bagi di mana-mana hotel pun.

Jom kita tengok apa kelainan hotel-hotel ni !

1. Hotel Ještěd, Czech Republic
 Terletak pada ketinggian 91 meter di atas gunung Ještěd. Mempunyai pemandangan yang menarik. Pengunjung boleh berjalan kaki, atau menaiki kereta atau kereta kable yang telah disediakan.

2. Giraffe Manor, Kenya
Girraffe Manor dibina pada tahun 1932 dengan keluasan 140 ekar dan mengambil masa 30 minit dari bandaraya Nairobi, iaitu ibu negara Kenya. Uniknnya disini anda boleh bermain bersama dengan binatang Girafah yang sangat jinak dan mesra dengan pengunjung yang hadir. Pelik juga hotel bela Girafah sekali.

 3. Marqués de Riscal, Spain
Tengok bentuk pun dah tahu betapa uniknya hotel ini. Hotel ini mempunyai bumbung yang dibuat dari titanium dan bentuk dinding yang asemetri yang memberikan setiap bilik mempunyai keunikkannya tersendiri. Hotel ini 43 bilik mewah.

4. Inntel Hotel, Netherlands
Hotel yang membuatkan setiap orang yang memerhatikannya akan berhenti sebentar dan merenung lama pada hotel ini disebabkan keunikkan bentuknya. Hotel yang terletak di Belanda ini mempunyai tinggi hampir 40 meter dengan 11 tingkat. Mempunyai 160 bilik tetamu keseluruhannya. 

5. Sarova Saltlick Game Lodge, Kenya
Kalau tadi hanya ada Girafah sahaja, kali ini anda boleh lagi dekat lagi bersama dengan haiwan liar seperti Gajah. Mengambil masa 6 jam dari Nairobi. Ekosistem yang masih di jaga dengan baik supaya tidak mengganggu habit haiwan disitu. Bagi sesiapa yang sukakan cabaran elok sangatlah menginap kat sini. Manalah tahu boleh menunggang gajah ke. haha hamekaw

6. Sun Cruise Hotel, South Korea
Hotel pertama di dunia yang bertemakan cruise di darat! Dikatakan mempunyai pemandangan matahari yang terbaik selain dari bentuk hotel yang unik seakan kapal mewah cruise yang berlabuh didarat. Dibuka pada tahun 2002 dan menjadi salah satu tarikkan utama pelancong ke Korea Selatan.

7. King Pacific Lodge, Canada
Satu-satunya hotel di dunia yang boleh terapung dan berlayar melalui salah satu daripada rizab alam semula jadi terbesar di dunia iaitu di Princess, Royal Island, Kanada. Tidak seperti cruise yang ada, penginapan boleh tidur dengan lebih selesa semasa rehat dan lebih santai. Sekali tengok dah macam rumah terapung bergerak.

8. The Ocean Flower, Maldives
Susunan hotel yang terletak di atas laut yang membetuk seakan bunga menjadikan hotel ini bunga di lautan. Keunikkan hotel ini, bila anda keluar sahaja dari bilik , boleh terus terjun laut yang begitu cantik dan biru!

9. Spitbank Fort Hotel, UK
Sebuah hotel mewah yang terletak di perairan Portsmouth, England. Mengambil masa hanya 15 minit dari pelabuhan Portsmouth dan hanya mempunyai 8 bilik penginapan mewah yang disediakan. Kecil, unik dan mewah!

10. Lake Palace, India
Hotel mewah berbatukan mamar ini terletak di Tasik Pichola, Udaipur, India. Menyediakan pengangkutan boat untuk ke sini. Telah dinobatkan sebagai hotel yang paling romantik di dunia dan di India khususnya. Sesuai untuk berbulan madu disini jika ada rezeki.