Monday 10 February 2014

10 hari terindah buat sepasang suami isteri


Robbyn dan Josh Blick menunggu kelahiran anak lelaki mereka . Selepas kandungan berusia 20 minggu , mereka mendapat khabar buruk . Anak mereka yang masih belum lahir menghidap Trisomy 18 , atau juga dikenali sebagai sindrom Edward . Keadaan kromosom menyebabkan anak mereka bakal dilahirkan dengan beberapa abnormaliti yang mengancam nyawanya .

 Disebabkan sindrom ini , ramai bayi yang mendapat Trisomy 18 meninggal dunia sebelum dilahirkan atau dalam bulan pertama selepas dilahirkan . Bagaimanapun , Robbyn dan Josh bertuah , kerana anak mereka berjaya lahir ke dunia dan dinamakan Zion Isaiah Blick ,
 Seperti yang telah dijangka , disebabkan sindrom Edward , anak mereka mengalami masalah jantung. Walaupun keadaan baik untuk Zion , Robbyn dan Josh tidak berputus harap .



Zion hidup selama 10 hari . Dalam masa itu dia ditatang bagai minyak yang penuh , dan sempatbalik ke rumah dan menghabiskan masa dengan keluarganya ..
 Walaupun Zion dijangka mati sebelum dilahirkan, Zion berjaya juga melihat dunia . Walaupun untuk 10 hari , dia menunjukkan kepada dunia erti sebenar sebuah kekuatan . 10 hari bersama Zion akan kekal dalam ingatan Robbyn dan Josh buat selamanya .



Sedihnyaaaa , menitis air mata Cik Py baca entri ni . Sedangkan kita yang sudah dewasa pun menangis-nangis bila sakit , apatah lagi la baby yang tulangnya tak kuat lagi ni . Kasihan ibunya , belum pun habis pantang 44 hari , baby sudah meninggalkan dia . Paling sedih bila mengenang waktu mengandung lebih lama berbanding waktu menjaga baby itu . 9 bulan 10 hari satu jangka masa yang sangat panjang jika dibandingkan dengan 10 hari . Semoga tuhan merahmati kalian dan menjadikan kalian lebih kuat . May God bless both of you ..

kredit to : amazing nara ( my favourite blog )