dan juga selepas menonton drama bersiri GOL DAN GINCU di tv8
so cerita yang Cik Py karangkan tu lebih kurang macam ni , Qusha seorang yang gila berfutsal . Tapi dia kat dunia ni dah takde sesiapa dah , dia membesar di rumah anak yatim dahulunya . Jadi selepas 18 tahun , dia duduk bersama dengan rakannya Erin .
Di futsallah dia kenal dengan seorang mamat ni , nama mamat tu Hakim . Banyak bibit-bibit cinta yang terjadi antara Hakim dan Qusha . Qusha ni sebenarnya seorang yang bukan lembut tapi tidak lah kasar , kiranya Hakim ni berjaya melembutkan dia .
Kedua-duanya bahagia sehinggalah pada suatu hari Maya iaitu kekasih lama Hakim datang berjumpa dengan Qusha , dan mengatakan yang dia sedang hamil anak Hakim . Qusha tanpa meminta sebarang penjelasan membawa diri ke suatu tempat lain . Qusha jadi lemah semangat selepas kejadian itu , Erin tak sanggup melihat Qusha terus macam tu telah mengaturkan supaya Qusha mengikuti satu kem jati diri .
Qusha join kem ni , dan di kem ini pula Qusha telah berkenalan dengan seorang gadis periang dan sedikit kasar bernama Amanda . Sedikit sebanyak kem ini telah mengembalikan semangat Qusha yang telah hilang dan selepas itu Qusha menetap di suatu kawasan lain dan bekerja seperti biasa .
Pada suatu petang Qusha mendapat telefon dari Amanda yang mengajaknya ke tahlil arwah papanya di rumah , jadi Qusha pun bersetuju untuk pergi . Sesampainya disana , sedang Qusha berjalan , dia terlihat akan seseorang yang pernah dia kenal dulu , sedang dia asyik mengamati muka lelaki itu , lelaki itu terus memandang ke matanya . Itu Hakim ! Tetapi Hakim seperti tidak mengenalinya , tidak salah itu memang Hakim , mukanya susuk tubuhnya . Sehingga lah lelaki itu kehadapan dan mengenalkan dirinya Kimi . Qusha kehairanan . Amanda terus datang ke Qusha dan mengenalkan abangnya yang bernama Kimi . Setelah itu datanglah lagi seorang lelaki yang juga mirip Hakim , dan itu barulah betul Hakim . Qusha barulah tau yang Hakim itu ada saudara kembar .
Dalam pada itu , Kimi mula menaruh perasaan pada Qusha , disokong pula oleh umi dan Amanda , sedangkan mereka tidak pernah mengetahui yang Hakim dan Qusha pernah bercinta . Bermacam-macam bagai yang terjadi , Qusha telah memaksa dirinya mencintai Kimi , tapi memaksa dirinya mencintai Kimi dan terpaksa berhadapan dengan Hakim yang duduk satu bumbung itu lebih memeritkan . Sehinggalah satu hari Kimi terdengar perbualan antara Qusha dan Hakim dan pada saat itulah baru dia tersedar yang dia telah merampas kebahagiaan abang kembarnya Hakim . Lepastu lepastu ?? jeng jeng jeng , kome mikir la sendiri apa kesudahannya , aha
lagi satu kisah novel ni Cik Pyy amek berdasarkan pengalaman Cik Pyy yang suka kem dulu hehe , Cik Pyy suka bersukan , Cik Pyy jugak suka kem hee
tapi andaikata novel ni diadaptasi jadi filem atau drama , Cik Pyy nak pilih Aaron Aziz
dan Fazura
wah padan kan
nampak tak bertapa jelitanya Fazura sehinggakan Aaron Aziz tak menyerlah , terus tenggelam . aha . Tapi sebenarnya novel Cik Pyy ni lebih kepada remaja yang catchy , mungkin Uqasha Senrose atau Nelydia Senrose atau Tiz Zaqyah dah cukup , tapi Cik Py biasa lah , kalau boleh nak vougie the vass ahaha .
*well , actually ok la kan untuk otak seorang budak yang berumur 14 tahun untuk berfikir macam ni ? hehe Cik Pyy pun tak sangka Cik Pyy boleh berfikir macam tu hehe