Wednesday, 15 January 2014

Rome , Italy .

Satu tempat yang Cik Pyy teringin pergi dari kecik lagi . Lepas tu pada tahun bila ntah Cik Pyy tengok movie Liizie Mcguire , tengok dalam tu , lagi la berkobar-kobar rasa nak pergi tu . Sebuah tempat yang dipenuhi seni , dimana-mana pun ada seni . Sukanya Cik Pyy dengan seni tak payah dicakap lagi . Malangnya Cik Pyy tak amek subjek seni masa spm dulu .

Rome juga sebuah negara yang sangat bersejarah . Cik Pyy jugak suka sejarah , tapi malangnya kebanyakan cikgu sejarah memang membosankan , tak tau cara nak tarik perhataian pelajar . Jangan lah asyik membebel je kan , memang la bosan , buat la satu aktiviti yang rancak dalam pada masa yang sama kita belajar tentang sejarah . Memang comfirm boleh ingat otak . sorry itu hanya pendapat Cik Pyy je . Tapi ok jugak la masa SPM Cik Pyy dapat sejarah B+ , masa tu dalam otak pikir gagal je , tapi dalam B+ tu alhamdulillah la .

 kalau dapat lihat , kedudukan Rome di pertengahan negara Italy .

dan kalau dapat lihat negara Italy di dalam peta negara-negara Eropah , bawah sekali belah tengah . Besar lagi negara Spain kan ? Tapi Italy negaranya memanjang .

 Rom (disebut /roʊm/; Bahasa Itali: Roma, disebut [ˈroma]; Latin: Roma) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi)
Rom merupakan sebuah bandar dan Comune khas di Itali. Rom adalah ibu kota Itali dan juga wilayah homonim dan di rantau ini Lazio .

antara tempat-tempat yang menarik di Rome , Italy .

ARCH OF CONTASTINE

Gerbang Constantine adalah gerbang kemenangan di Rom, terletak di antara Colosseum dan Bukit Palatine. Ia telah didirikan oleh Senat Rom untuk memperingati kemenangan ke atas Maxentius Constantine I pada Pertempuran Milvian Bridge pada 28 Oktober, 312.

BORGHESE GALLERY





 Galeri Borghese adalah sebuah galeri seni di Rom, Itali, ditempatkan di dalam bekas Villa Borghese Pinciana. Ia adalah sebuah bangunan yang sejak dari awal penting dengan taman-taman, yang sekarang ini dianggap agak berasingan oleh pelancong sebagai taman-taman Villa Borghese.

tengok je la seninya , nampak mahal .

CASTEL SANT ANGELO

Makam Hadrian, biasanya dikenali sebagai Castel Sant'Angelo, adalah sebuah bangunan yang menjulang tinggi di silinder Parco Adriano, Rom, Itali. Ia pada mulanya ditugaskan oleh Maharaja Rom Hadrian sebagai makam untuk diri dan keluarganya.

Cik Pyy tak sempat google habis , mungkin makam kerabat diraja agaknya .

COLOSSEUM
 
Colosseum atau Coliseum, juga dikenali sebagai Flavian Amphitheatre adalah amfiteater elips di tengah-tengah kota Rom, Itali.

Tak pasti apa ni , tapi ada satu gambar yang menunjukkan satu singa di tengah-tengah bangunan ini sepertinya macam ada perlawanan antara singa , dan penonton duduk di sekeliling untuk menonton . Mungkin macam stadium .

GIANICOLO HILL

 ni macam Bukit Ampang aa kiranya ni , tapi part ni Cik Pyy rasa pemandangan KL lagi cantik , mungkin sebab Kuala Lumpur bandaraya yang modern kott .

ISOLA TIBERINA


Pulau Tiber adalah salah satu daripada dua pulau-pulau di sungai Tiber, yang mengalir melalui Rom;, sungai yang terbesar antara dua sungai ini dipanggil Isola Sacra dan berhampiran muara sungai di Ostia. Pulau Tiber terletak di selekoh selatan Tiber.

JEWISH GHETTO

 seghonoknya aku tengok naik sampan diantara bangunan-bangunan tu , em , gambar yang kedua tu Cik Pyy tengok macam kat Bukit Tinggi pun ada .

MOUSELEUM OF AUGUSTUS

Makam Augustus adalah kubur besar yang dibina oleh Maharaja Rom Augustus dalam 28 BC pada Martius Kampus di Rom, Itali. Makam ini terletak di Piazza Augusto Imperatore, berhampiran sudut dengan Via di Ripetta di sepanjang Tiber.

NATIONAL GALLERY OF ART





 tempat macam ni favourite Cik Pyy , mau terbuntang biji mata Cik Pyy tengok seni-seni yang ada ni , em , kalau lah Cik Pyy berseni macam dorang ni , sanggup aku duduk rumah hadap drawing paper je ,

PIAZZA DEL CAMPIDOGLIO

 Bukit Capitoline, di antara Forum dan Martius Kampus, adalah salah satu daripada tujuh bukit Rom. Ia adalah benteng orang-orang Rom yang paling awal.

mesti tinggi bukit ni kan , sampai jadi benteng pertahanan , memang bersejarah sangat tapi macam seram pulak hewhew

ROMAN FORUM
 
Roman Forum adalah sebuah forum segi empat tepat dikelilingi oleh runtuhan beberapa bangunan penting kerajaan purba di tengah-tengah kota Rom. - pastinya sangat bersejarah , sampaikan mereka tidak mahu bangunkan semula bangunan yang separa runtuh ni ,

SAN CLEMENTE



Basilica of Saint Clement adalah gereja kecil Roman Katolik didedikasikan kepada Paus Clement I terletak di Rom, Itali.

VATICAN MUSEUM


 
Muzium Vatican adalah muzium di Vatican City dan terletak dalam sempadan-sempadan di bandar ini
- cantikkan ? kenapa la takde bangunan macam ni kat Malaysia . hm

PONTE SISTO BRIDGE
 
Ponte Sisto adalah sebuah jambatan di pusat bersejarah Rom, merangkumi Tiber sungai. Ia menghubungkan Via del Pettinari dalam Rione daripada Regola dengan Piazza Trilussa di Trastevere. - cantikkan ? dengan suasana yang redup-redup hm kat negara dorang ni dah la kalau cuaca panas pun tidaklah sepanas negara kita , memang sweet la tempat ni hm

apa-apa pun saya bangga menjadi anak Malaysia . hidup KANGKUNG !!!