Friday, 27 December 2013

12 artis Malaysia pilihan Cik Pyy 2013

setiap orang ada pendapat dan citarasanya yang tersendiri , untuk Cik Pyy pulak sebenarnya Cik Pyy ni sangat mudah untuk memuji seseorang tu cantik , tapi Cik Pyy susah nak suka , kekadang muka cantik tapi bila perangai tak cantik , terus tak minat Cik Pyy jadinya , ni nak cari senarai top 12 pun bukan main susah lagi , ingatkan dapat la 15 , tapi 12 je , jadi la , kan ?

12. TASHA SHILLA
Mulanya Cik Pyy takde la kisah sangat dengan TS ni , tapi lepas kes TS , Neelofa dan Anzalna , Cik Pyy suka sikap TS yang bersahaja dan rileks , langsung takde melenting padahal Neelofa dah kutuk TS mengatakan TS tak layak menang .

11. DIANA AMIR
Pada mulanya Cik Pyy takde la suka sangat , tapi lepas DA dah berubah menjadi alim , Cik Pyy memang salute la , cara DA pakai tudung pun tak macam sesetengah artis wanita yang berhijrah , di mana bertudung seperti mahu berfesyen je lebih , lagi pula Cik Pyy pernah jumpa DA di Hotel Sheraton , memang cantik .

10.TIZ ZAQYAH
Mulanya juga Cik Pyy rasa TZ ni biasa je sebenarnya , tapi lepas kemana-mana Cik Pyy pergi , kebanyakkannya mamat-mamat memang selalu sebut nama TZ , so dari situ barulah Cik Pyy dapat rasa yang TZ ni ada aura yang tersendiri .

9.LISA SURIHANI
Dari pertama kali Cik Pyy tengok LS ni , Cik Pyy memang suka gaya LS yang selamba , rileks dan sempoi . Lagi pula LS ni jarang bermekap tebal , tak seperti kebanyakan artis lain dan cara LS bercakap pun memang nampak educated .

8.HANIS ZALIKHA

Ni lagi sorang , dari mula Cik Pyy tengok HZ , Cik Pyy dah suka dengan gaya HZ yang selamber . Mula-mula Cik Pyy bukak keekers HZ ni , tengok gayanya yang selamber , terus Cik Pyy follow instagram HZ dan baca blog HZ , lagi la terbahak-bahak , patut la ramai orang suka HZ , nampak gaya pun macam rileks je .

7 . NORA DANISH

Cik Pyy dulu suka sangat dengan ND ni , tak pernah miss cerita PUTERI yang telah menaikkan nama ND , tapi Cik Pyy start kureng lepas kakak Cik Pyy ada la bercerita kisah pasal ND ni lepas dorang lunch sama-sama , ntah la , mungkin masa tu pun ND tengah stress atau kepenatan kott , tapi Cik Pyy takde la sampai tak suka ND , cuma bila tengok ND dalam tv rasa biasa je , tapi ND tetap comel .

6. HANEZ SURAYA
dulu Cik Pyy idaklah minat HS ni , tapi lepas yang dia muncul kembali makin putih melepak dengan rambut perang macam tu , omaigod , adorenya , nampak cantik sangat .


5.NEELOFA
Cik Pyy dari dulu tak pernah minat Neelofa ni , sampai sekarang pun tak minat , Cik Pyy cuma suka tengok muka dia , kalau dia tak make-up omaigod lagi lah jauh lebih cantik cantik sangat , yela orang kelantan kan , mungkin ada dapat tempias tempias Thailand sikit .


4.WAWA ZAINAL
Cik Pyy memang suka sangat dengan WZ ni , dari mula tengok WZ rasa comel je , walaupun ada dengar rumours2 yang tak elok pasal WZ, tapi bila dah cantik kan em even WZ dah kahwin senyap2 dengan Aeril , Cik Pyy tetap suka WZ , ok la tu , sepadan what , sama cantik sama hensem .



3. ANZALNA NASIR
First time Cik Pyy tengok AN ni ,yang terkeluar dari mulut Cik Pyy 'kenapa Neelofa menang , kenapa bukan Anzalna ?' , memang adore sangat muka dia , lagi-lagi mata dia , mula-mula nampak AN ni macam cover-cover tapi dah lama-lama tengok AN , sempoi jugak .


2. UQASHA SENROSE
Ni pun dari mula Cik Pyy tengok dah suka , walaupun muka US dengan Nelydia Senrose seakan-akan , Cik Pyy lebih suka US lagi sebab US nampak lebih lembut berbanding Nely yang garang . Nampak macam lembut je , lepas kes US , Pekin dan Sharnaaz tu lagi lah terserlah kelembutannya . Dia cuma jawab ' sampai hati Pekin kata saya ada orang ketiga' , ohmy , kalau Cik Pyy ,mesti dah bagi setepek kat muka Pekin tu kan . Yela , Cik Pyy paling tak suka bila Cik Pyy habis setia orang tuduh Cik Pyy curang .



No 1 : JENG JENG JENG !!!

















 haa












haa













haa
































FAZURA
siapa lagi kalau bukan si princess Malaysia FAZURA ! memula Cik Pyy tak suka jugak dengan Fazura ni , tapi makin lama dia makin cantik , lagi lagi lepas kisah dia kononnya bercinta dengan TMJ , lagi nampak makin cantik , yelah , lagi lah terjaga kan , berkawan dengan kerabat pulak tu . Tapi kalau Fazura dengan TMJ , memang sweet lerr , hensem pulak TMJ tu emmm