Wednesday, 11 December 2013

Drama diadaptasi dari novel


Sejak kebelakangan ni , kita dapat tengok kat tv mahupun panggung wayang , kebanyakan drama ataupun filem diadaptasi dari novel . Kalau nak diperasankan , banyak je persamaan drama-drama ni , sama ada kahwin paksa atau kahwin tak rela . Tapi peminat still suka kerana dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang mereka minati . 

Cik Pyy pernah baca satu blog ni tau , sama ada blog atau paper Cik Pyy tak sure , tapi kalau kat US , senarai top drama mereka sangat berlainan genre . Ada kisah penyiasatan , ada kisah fiksyen , kisah ahli saintis , memang sangat berbeza la dari drama-drama kat Malaysia ni yang lebih kepada cintan-cintun . Tapi tu la , nak buat macam mana kan , kalau dah memang peminat kat Malaysia ni suka kisah cintan-cintun , sesetengah produser pun selalunya taknak amek risiko buat cerita yang merepek alih-alih takde orang tengok . Takpe Cik Pyy paham .

macam contoh drama yang diadaptasi dari novel SETIA HUJUNG NYAWA


Hero dan heroinnya : Ammar Aysraf & Nelydia Senrose

Cik Pyy tak tengok sangat cerita ni sampai la kawan-kawan dok kecoh-kecoh sanggup taknak lepak semata-mata sebab cerita ni , so Cik Pyy pun terjebak la jugak kan . Ok la , cerita dia sweet-sweet je . Takde la berat sangat sampai susah orang nak paham . Tapi Cik Pyy kurang suka sikit kalau tengok perempuan kena tindas dengan lelaki . Kalau Cik Pyy jadi Ell tu , Cik Py belasah je balik laki dia kalau nak sangat kerek-kerek . Tapi dah namanya cerita kan , kalau ikut jalan cerita Cik Pyy dah jadi cerita Cik Pyy la pulak kan , Cik Pyy la pulak yang kena mengarah kan . hahak

LOVE YOU MR. ARROGANT

hero dan heroin : Azlan Lee & Zara Zya

cerita ni pun Cik Pyy tak tengok sangat sebab mula-mula , mati-mati Cik Pyy ingat heronya Afiq Muiz , jadi memang tak minat la nak tengok kan , sampai kesudahannya Cik Pyy tak tengok tapi still tanya kat kawan tentang perkembangan cerita tu . So tau la jugak jalan ceritanya . Nak tau bila Cik Pyy tau yang hero tu bukan Afiq Muiz ? Dah habis ceritanya okayy , haha kelakar la aku ni , confident je Cik Pyy cakap kat kawan masa tu ,

Kawan  :  eh orang kata dua-dua ni couple la kat luar ,
Cik Py  :  Afiq Muiz ni ? dia dah ada awek la . Tu awek dia nama Iena .
Kawan  :  La yeke ?
Cik Py  :  iye laa , yang Iena tu yang kata nak saman mak Afiq Muiz tu ..

hahaha , confident sangat Cik Pyy ni .

PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Hero dan heroin : Fattah Amin & Risteena Munim

Tajuk ceritanya macam menarik , dan kalau korang boleh tengok , kat novel tu ada tulis anugerah ' Pemenang Anugerah Pembaca Popular 2012' , tapi tu la orang kata , pelakon ni memainkan peranan penting , Cik Pyy kureng sikit dengan heronya ni , memang la hensem tapi dia lakonkan macam tak sampai . Sorry bukan mengutuk , tapi kita sebagai peminat ada pandangannya jugak kan . Cuba bagi heronya Shah Jaszle ke , Airil Zafriel ke , Aiman chocolate Vs Vanilla tu ke , mungkin la lebih menarik kan ?

untuk filem pula , LAGENDA BUDAK SETAN

hero dan heroin : Farid Kamil dan Lisa Surihani

haa , nocel ni kalau korang nak tau , novel pertama yang Cik Pyy baca , kalau tak silap Cik Pyy masa tu Cik Pyy darjah dua atau tiga , tu edisi pertama , memang tebal la novelnya . Bayangkan budak sekolah baca novel cintan-cintun ni , haa sebenarnya novel ni pada mulanya sangat best sebab berkisahkan budak-budak sekolah . Memang Kasyah ni sangat nakal budaknya , kalau baca novelnya , lagi banyak yang Kasyah sakat Ayu , kat dalam filem sikit je , sikit sangat . Tapi sampai part yang sedih sedih , Cik Pyy tak baca dah . hehe baca sekerat jalan je . Tapi ok la untuk budak darjah dua darjah tiga kan .

 OMBAK RINDU

hero dan heroin : Aaron Aziz dan Maya Karin

omaigod cerita ni memang sangat la best , siapa yang rasa filemnya best pergi lah cuba baca novelnya pulak , jauh lagi best . Cik Pyy sebenarnya suka membaca tapi bukanlah penggemar baca novel melainkan kalau ada orang yang rekemen kat Cik Pyy kata novel tu best baru lah Cik Pyy baca , Cik Pyy lebih suka kepada benda fakta sebagai contohnya , majalah remaja yang banyak berkisar tentang remaja-remaja zaman sekarang dan paling peberet mastika , Cik Pyy jugak suka benda-benda yang berunsur mistik .Haa tapi penakutnya ya amat hahaha

Lagi satu novel yang Cik Pyy rasa tersangatlah best PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI





sebenarnya dulu Cik Pyy pernah jugak berangan nak buat novel , masa tu Cik Pyy di tingkatan dua . Masa tu Cik Pyy memang minat giler dengan si kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dan jugak cerita Gol dan Gincu . So Cik Pyy dapat ilham melalui dorang la . Nanti la Cik Pyy kisahkan sikit ceritanya di entri yang berikutnya ;)