Sunday, 9 February 2014

Foto-foto yang pernah menggemparkan seluruh dunia

ntara gambar-gambar yang pernah mengejutkan satu dunia :-
 
 Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki
 Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia . Pada penghujung Perang Dunia Kedua , Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun , Hiroshima dan Nagasaki . Kesannya, 90 000 hingga 160 000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60 000 hingga 80 000 di Nagasaki

 Serangan 11 September
Pada September 2001 , keganasan melanda Amerika apabila dua kapal terbang penumpang dirampas oleh anggota-anggota pertubuhan Al-Qaeda dan menghentam menara berkembar di New York dan menyebabkan kematian 3000 nyawa yang tidak bersalah . Beberapa gambar menunjukkan beberapa orang yang terperangkap terjun kerana menyelamatkan diri dari dibakar ai marak , yang menyebabkan mereka terbunuh .

 Biarawan Terbakar 
 Thích Quảng Đức seorang Budha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon yang ramai pada 11 Jun 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan terhadap penganut Budha di Vietnam.

 Penjara Abu Gharaib
 Setahun selepas penaklukan Iraq , laporan-laporan penyiksaan , rogol dan pembunuhan terhadap banduan-banduan yang ditahan di penjara Abu Gharaib telah muncul , dan pelakunya ialah pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat dibantu oleh agensi-agensi kerjaan yang lain .

 Anak kecil dan burung hering
 Gambar ini diambil oleh seorang jurugambar Afrika Selatan , mendiang Kavin Carter , menunjukkan sorang anak kecil Sudan yang kebuluran berhenti untuk merehatkan tubuhnya yang lemah dalam dia merangkak ke arah pusat makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berdekatan , manakala burung Hering berada dekat dengannya untuk meratah tubuhnya bila dia mati . Gambar ini telah membolehkan Carter dianugerahkan hadian Pulitzer , malang sekali imej ini sentiasa menghantui Carter , menyebabkan dia dilanda kemurungan dan akhirnya membunuh diri . 

 Korban Taliban
 Gambar tragis seorang perempuan muda Afghanistan berusia 18 tahun, Aisha adalah korban kebiadaban Taliban, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sendiri.

 Bapa Palestin melindungi anak lelakinya
 Gambar-gambar dia atas ialah dari satu senario yang diambil oleh Jurugambar France 2 , berdekatan Semenanjung Gaza . Video ini menunjukkan seorang lelaki Palestin , Jamal Al-Durrah , cuba melindungi anak lelakinya yang berusia 12 tahun , Muhammad Al-Durrah , dalam pada berlindung di balik sebuah dinding konkrit , memberikan isyarat dan meminta tentera Israel berhenti menembak . Anak lelaki Jamal telah ditembak mati manakala Jamal pula cedera parah .

Pengebumian seorang anak kecil yang tidak dikenali ( Bencana Bhopal )
 Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenal dengan tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang pestisida Union Carbide di kota Bhopal, India pada 3 Desember 1984. Pabrik tersebut mengeluarkan gas dan racun yang memberikan impak ke atas lebih dari 500 000 orang.

 Tentera Iraq
 Gambar yang menunjukkan seorang tentara Iraq yang terbakar hangus di kabin depan trak yang hancur.

 Hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong
Foto di atas bertajuk "Jeneral Nguyen Ngoc Loan menhukum seoarang banduan Viet Cong di Saigon" ,  dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan . Jurugambar Amerika , mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan , melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong .