Tuesday, 14 January 2014

Leaning Tower of Pisa , Italy

Pepagi ni Cik Pyy terjumpa pulak satu calender kat office ni , cantik sangat . Tema kalendernya ' World Famous Structures' , jadinya pembangunan yang ada dalam kalender ni semuanya yang gah-gah di seluruh dunia .


LEANING TOWER OF PISA , ITALY

Menara Condong Pisa (Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa (La Torre di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.

Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.

Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter (12 kk 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.

SUMBER : EN. WIKIPEDIA